Friday, May 20

Blog 2

ah lupa...gua sebenarnya nak bagitahu gua first time guna benda alah blog ni..gua perati ada juga kutu2 macam gua ni ada blog...ape kejadahnya blog ni pun gua tak tahu..orang kata boleh buat duit..ada juga kata boleh hilang2 stress..ala-ala diari..babi apa diari-diari ni?gua tak perlukan diari..gua cuma rasa blog ni boleh berfungsi sebagai pengisi masa lapang sahaja(ya...gua unemployed sekarang)..entah macamana gua terdetik nak merapik kat sini..

*berbalik kepada dua jam yang lepas (3 pagi)

tadi gua buang masa fewit2 kat facebook..baca dua tiga blog kutu2 otai yang gua rasa agak baik juga..gua sulam2kan fiwitan gua dengan danhill..fiwit2 sedut..fiwit2 sedut sampai la gua rasa sikit punya bangang perbuatan gua tu..dan terasa bangangnya tu,gua selang-selikan pula dengan google gambar2 awek cara2..pehhh...mudah betul berdosanya gua ni..

*gua kembali bosan

gua tutup sumber kesyaitanan gua,gua bukak my computer>new volume (D)>muvie..gua pejam mata,skroll bawah,gua click..pap!!kuar cerita the hurt locker..gua pon layan guna GOM player..yang bestnya GOM player ni(yang gua tahu la) ada option habis cerita terus shut down..gila babi power gua rasa!!gua fikir tidak la membazir duit mak abah gua bayar bil letrik nanti..masalahnya gua nak lelap mesti pekena cerita..sapa ajar pun gua tak tahu..

disebabkan gua ada agenda siang nanti,gua cuba tido..tak juga tido2 gamaknya..macam2 cara gua guna..sudahnya gua bukak balik sumber kesyaitanan gua ni dan entah tiba2 gua dah ada kat sini..pehhh..power betul gua ni..

*6.30 pagi

nampak gayanya memang tak tido dah la gua ni..tapi gua tetap semangat..birthday gua ini hari..kah kah kah!!

Blog

dekat dua jam juga gua menyamar2 tido ni..tak tahu pulak mana perginya tido gua yang berkualiti sebelum-sebelum ni..selalu gua acah2 nak tido,kejap je dia dah halo2 tanya nak pergi mana ini malam..gua dah berkira-kira nak pergi gold coast ostrolia ni..orang kata ada banyak kenggeru..

gua belek jam kat HTC touch 2 gua..5.15 pagi dah macha..apa kaedah gua nak seru tido ni agaknya?gua sebenarnya ada agenda besok pagi..pukul 7 gua dah nak kena naik komuter..gua nak pergi kolumpo..ada hal berfoya-foya sikit